Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Selamat datang ke laman web rasmi PIBG SMK USJ 23!
Alhamdulillah, laman web ini dapat direalisasikan pada tahun ini, 2022 atas usaha & kerjasama pihak AJK PIBG bersama pihak sekolah.
Laman web ini bertujuan untuk menghubungkan ibubapa dengan pihak sekolah melalui perancangan serta pelaksanaan aktiviti tahunan sekolah untuk warga SMK USJ 23.
Kami amat mengalu-alukan penglibatan semua ibubapa warga SMK USJ 23 dalam sebarang aktiviti sekolah samada penglibatan daripada segi sumbangan idea, cadangan, kemahiran, tenaga mahupun dana.
Semoga dengan penglibatan & sokongan ibubapa sekalian dapat membantu & menyokong anak2 di SMK USJ 23 untuk terus bergerak dengan lebih maju ke hadapan. Semoga usaha murni kita ini juga dapat memberi manafaat kepada seluruh warga SMK USJ 23 pada masa kini & akan datang. Insha Allah.
Sekian sahaja daripada saya.
Wabillahi taufiq walhidayah. Wassalamualaikum wbt.
Sekian, terima kasih.
Norfarina Jaffar
YDP PIBG
2022/2023