Hari ini, Isnin 20/02/2023 merupakan hari penting buat anak-anak pelajar SMK USJ23 yang akan menduduki peperiksaan paling penting dalam hidup iaitu SPM. PIBG menyeru semua ibubapa dan penjaga untuk bersama-sama mendoakan kejayaan para pelajar ini agar mereka dapat menjawab semua soalan dengan baik, tidak berasa “stress”, urusan mereka dipermudah dan semoga kejayaan menjadi milik mereka. Doa kami wakil PIBG mengiringi para pelajar SPM 2022/23 SMK USJ23.

14 Comments

Comments are closed.

  1. Kamarul 10 months ago

    Semoga kejayaan menjadi milik anak2 SPM, SMKUSJ23!

  2. NUR AZLIN BT IBRAHIM 10 months ago

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

    Assalamualaikum…wbt.
    sahabat2 sy yang soleh dan solehah.

    Kepada semua yang anak2 SMK USJ23 yang menduduki peperiksaan SPM yg akan bermula hari ini 20/02/2023 ini, marilah kita mendoakan agar mereka dapat menjawab soalan-soalan dengan TENANG, LANCAR, TEPAT & CEMERLANG.

    بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
    اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
    وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
    أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
    وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

    Ya Allah,
    Pd 20 Februari 2023 ini anak2 kami, anak2 saudara kami, anak2 sahabat kami akan menduduki peperiksaan SPM.
    Kami bermohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi YA ALLAH.

    YA ALLAH,
    Peliharalah kesihatan anak2 kami di sepanjang peperiksaan mereka berlangsung nanti YA ALLAH…. Permudahkanlah mereka menjawab semua soalan di dalam setiap matapelajaran yg mereka ambil nanti YA ALLAH…. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

    بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

    امين يا رب العالمين.

  3. Yusnita 10 months ago

    Good luck to all anak-anak SPM 2022 SMK USJ 23! Doa, usaha, tawakal.. doa kami mengiringi anda semua..

  4. Nurul suhana binti kaharuddin 10 months ago

    Ya allah, peliharalah kesihatan ank- anak kami di hari peperiksaan.permudahkanlah mereka me njawab soalan ketika peperiksaan nanti..berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan. Jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab solan peperiksaan spm…

  5. Sarina Yahya 10 months ago

    Selamat menjawab soalan peperiksaan SPM anak2. Semoga yang terbaik buat kalian semua. Aamiin…..

  6. Noor Akmar Binti Mohamed Noor 10 months ago

    Ya Allah Ya Haadi…berikanlah petunjuk ,jari jemari menulis jawapan yg betul untuk ank2 SPM…Aamiin YRA…

  7. Azliza 10 months ago

    Good Luck and All The Best to SMK USJ23 SPM Y2022 Student!

  8. Siti 10 months ago

    Semoga semua anak-anak SPM 2022 diberi ketenangan dan kelancaran menjawab serta menyusul dgn kejayaan cemerlang. aamiin

  9. Wanazara 10 months ago

    Semoga semua pelajar SMKUSJ23 yg menduduki exam SPM dipermudahkan menjawab setiap soalan, tenang kan fikiran mereka ya allah, kau nmpak kan setiap jawaban utk setiap soalan yg dikemukakan dan kau kurniakan lah keputusan peperiksaan yg cemerlang buat mereka….aminn3x yra

  10. Noraidah 10 months ago

    Semuga dipermudahkan urusan anak2 SMKUSJ23 dalam menduduki SPM.

  11. Nadia 10 months ago

    Best of luck untuk semua pelajar2 SMK USJ 23 SPM 2022….jawab dengan tenang ye semua anak2….semoga Allah permudahkan segala urusan kalian dan berjaya dalam SPM 22 ❤️

  12. Zalina 10 months ago

    Semoga dipermudahkan urusan anak2 USJ23 yg menduduki SPM & beroleh kejayaan yg cemerlang.

  13. Tiara emak Nurul Syazana Batrisyia (5Beta) 10 months ago

    Ya Allah,

    Anak-anak kami akan menduduki peperiksaan SPM bermula hari ini. Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi YA ALLAH.

    Ya Allah,

    Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Aamiin YA Rab YA Mujib

  14. Juliyana Aziz 10 months ago

    Assalamualaikum, Alhamdulillah syukur kepada Illahi diatas nikmatnya, doa dn harapan buat Nurhamizah Tihani dn anak2 SPM 2022 keseluruhan nya,semoga tabah dan sabar menghadapi, melalui, peperiksaan pd Harini,ya Allah kurniakan kesihatan buat anak2 semua, disehatkan tubuh badan , diterangkan, dicelikkan mata hati, istiqomahkan dihati anak2 semua didlm tempoh menjalani peperiksaan SPM pd tahun ini,moga perolehi kejayaan buat semua.Aamiin

©2023 SEK. MEN. KEB. USJ 23 Technology-Enabled Solutions by BIRO ICT PIBG SMK USJ 23

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

Log in with your credentials

Forgot your details?