Lewat petang semalam, keluarga kepada pelajar SMK USJ 23 telah ditimpa musibah bencana alam. Rumah mereka telah ranap. Admin ingin menyeru kepada seluruh warga SMK USJ 23 dari kalangan ibubapa dan guru-guru untuk membantu keluarga ini dalam menghadapi dugaan sebesar ini. Sumbangan anda dalam bentuk wang bolehlah disalurkan melalui platform ini dengan 2 kaedah pilihan pembayaran iaitu bayaran secara FPX payment gateway atau bayaran secara direct transfer dan slip pembayaran tersebut dimuatnaik kedalam borang yang disediakan.

Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, pelajar tersebut terdiri daripada adik-beradik yang bernama Natasha Nur Ain dari kelas 5 Gamma. Manakala adiknya bernama Natasha Nur Aini dari kelas 1 Bumi.

Berikut merupakan gambar-gambar musibah yang menimpa keluarga pelajar-pelajar ini. Diharapkan semoga kita dapat membantu keluarga ini bersama-sama meringankan beban mereka sekeluarga. Juga, marilah kita bersama-sama mendoakan agar keluarga ini diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat besar ini. Terutamanya buat adik Natasha Nur Ain dan Natasha Nur Aini, marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah gantikan kedukaan mereka hari ini dengan menjadikan mereka berdua insan yang kuat, dimudahkan urusan pembelajaran mereka, dikurniakan kebijakan dalam menimba ilmu dan semoga keduanya menjadi insan yang berjaya dunia juga di akhirat.

DITUTUP. PIBG dan pihak sekolah SMK USJ23 mewakili keluarga pelajar, mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang.

©2023 SEK. MEN. KEB. USJ 23 Technology-Enabled Solutions by BIRO ICT PIBG SMK USJ 23

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

Log in with your credentials

Forgot your details?