Admin telah dihubungi oleh salah seorang rakan ibubapa yang anak beliau bersekolah di SMK USJ23. Beliau menyatakan bahawa rumah beliau turut dilanda kemusnahan akibat bencana ribut. Admin ingin menyeru kepada seluruh warga SMK USJ 23 dari kalangan ibubapa dan guru-guru untuk membantu keluarga pelajar ini dalam menghadapi dugaan yang besar. Bayangkan sebuah rumah yang berfungsi untuk melindungi kini telah rosak. Dan tentu sahajalah pelajar kita iaitu adik Harith Lufti bin Nur Halim dari kelas Tingkatan 1 Zuhrah akan mengalami kesukaran untuk mentelaah pelajaran sekiranya kerosakan tersebut tidak dibaiki.

Menjadi tanggungjawab kita membantu kepada yang memerlukan. Apatah lagi kita semua ibarat sebuah keluarga besar yang bernaung dibawah bumbung SMK USJ23. Oleh itu, sekali lagi admin mewakili PIBG SMK USJ23 menyeru ibubapa/penjaga dan warga SMK USJ23 agar dapat kita bersama-sama membantu keluarga pelajar ini.

Sumbangan anda dalam bentuk wang bolehlah disalurkan melalui platform ini dengan 2 kaedah pilihan pembayaran iaitu bayaran secara FPX payment gateway atau bayaran secara direct transfer dan slip pembayaran tersebut dimuatnaik kedalam borang yang disediakan.

Berikut merupakan gambar-gambar musibah yang menimpa keluarga pelajar ini. Diharapkan semoga kita dapat membantu keluarga ini bersama-sama meringankan beban mereka sekeluarga. Juga, marilah kita bersama-sama mendoakan agar keluarga ini diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat besar ini. Terutamanya buat adik Harith Lufti, marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah gantikan kedukaannya ketika ini dengan menjadikannya insan yang kuat, dimudahkan urusan pembelajaran, dikurniakan kebijakan dalam menimba ilmu dan semoga menjadi insan yang berjaya dunia juga di akhirat.

 

DITUTUP. PIBG dan pihak sekolah SMK USJ23 mewakili keluarga pelajar, mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang.

©2023 SEK. MEN. KEB. USJ 23 Technology-Enabled Solutions by BIRO ICT PIBG SMK USJ 23

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

Log in with your credentials

Forgot your details?