Seluruh warga SMK USJ 23 telah kehilangan dan bersedih atas pemergian adik Ady Abd Latif ke rahmatullah pada 2 Rejab, 1445 H. Meninggal dunia pada ketika usia yang muda dibulan yang mulia, semoga roh adik Ady sentiasa dalam rahmat, kasih-sayang Allah dan ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang dikasihi.

Justeru, saya ingin menyeru kepada seluruh warga SMK USJ 23 dari kalangan ibubapa dan guru-guru untuk menyumbang seikhlas hati kepada keluarga pelajar ini dalam menghadapi ujian yang besar. Dan bersama-samalah kita mendoakan agar keluarga ini diberikan ketabahan dalam menjalani ujian ini.

Adalah menjadi tanggungjawab kita membantu kepada yang memerlukan. Apatah lagi kita semua ibarat sebuah keluarga besar yang bernaung dibawah bumbung SMK USJ23. Oleh itu, sekali lagi saya mewakili PIBG SMK USJ23 menyeru ibubapa/penjaga dan warga SMK USJ23 agar dapat kita bersama-sama membantu menyumbang seikhlas hati kepada ibubapa Ady.

Sumbangan anda dalam bentuk wang bolehlah disalurkan melalui platform ini secara direct transfer terus ke akaun bank saudara kembar Ady yang mewakili akaun ibubapanya dan slip pembayaran tersebut dimuatnaik kedalam borang yang disediakan.

Maklumat Bank
Payee Name: AYU BINTI ABD LATIF
Maybank Acc: 1627 7746 5053

 

Akhir kata marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah gantikan kedukaan keluarga Ady ketika ini dengan hikmah yang baik dan kebaikan untuk didunia juga diakhirat. Amin amin ya Rab…

Ya Allah, berilah ketabahan atas keluarga yang sedang dilanda musibah. Setiap makhluk di dunia akan ada saatnya menghadap kembali kepada Sang Pencipta.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.”

Sungguh sejak Kelas Malam Matematik, para pelajar telahpun saya anggap sebagai anak-anak saya. Bahkan semua ajk PIBG turut berasa yang sama. Pemergian ini merupakan kehilangan yang saya rasai didalam hati saya sendiri. Tak dapat saya bayangkan perasaan ibu dan ayah Ady atas kehilangan anak yang tercinta. Selain sumbangan saya turut bermohon kepada semua mendoakan ketabahan buat keluarga ini, kekuatan untuk kembar beliau iaitu pelajar kita juga Ayu binti Abd Latif, dan sentiasalah titipkan doa buat Ady. “Ady, Allah sayang kamu. Sayang sangat kepada kamu. Allah ambil kamu diusia mudamu. Acik Fin mendoakan rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersamamu Nak… (ノAヽ)(╥﹏╥)”

 

./Fin A Razak
YDP PIBG SMK USJ 23
mewakili seluruh PIBG SMK USJ 23

 

    Sumbangan Derma Kilat - Bantuan kepada keluarga pelajar SMK USJ23
      1. Saya telah menyumbangkan dana berjumlah RM

        Maklumat Bank
        Payee Name: AYU BINTI ABD LATIF
        Maybank Acc: 1627 7746 5053
        * Required

    ©2024 SEK. MEN. KEB. USJ 23 Technology-Enabled Solutions by BIRO ICT PIBG SMK USJ 23

    CONTACT US

    We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

    Sending

    Log in with your credentials

    Forgot your details?