Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh seorang rakan Shell yang telah sebelumnya membantu semua pelajar SMKUSJ23 SPM 2021 yang terlibat dalam bencana banjir pada tahun tersebut. Beliau bernama Tuan Ahmad Fauzi Masrom telah dengan seikhlasnya mendermakan pelbagai peralatan stationery termasuk Kalkulator Scientific kepada pelajar-pelajar mangsa banjir bagi kegunaan mereka untuk menduduki peperiksaan SPM 2021. Untuk pengetahuan pembaca, bencana banjir pada tahun tersebut telah memberi impak yang besar kepada pelajar-pelajar SPM 2021 kita. Dimana mereka telah kehilangan kerja-kerja kursus SPM, peralatan menulis, buku-buku, laptop, sci-calculator dan alatan yang lain. Tuan Ahmad Fauzi Masrom merupakan salah seorang penyumbang yang prihatin dan budiman yang telah menyumbangkan peralatan khusus untuk pelajar mangsa banjir SPM 2021 untuk mereka gunakan ketika menjalani peperiksaan SPM.

Kali ini beliau menghubungi saya dan memberikan pautan untuk saya kongsikan kepada semua pelajar, guru dan ibubapa SMK USJ23. Informasinya adalah BIASISWA SHELL. Untuk pengetahuan pembaca, ramai orang berkata adalah sukar untuk mendapatkan biasiswa terutamanya dari Shell. Ya, kenyataan ini ada asasnya tetapi ia TIDAK MUSTAHIL! Kerana di Malaysia sahaja ramai pelajar dari kalangan keluarga yang rendah sosio-ekonomi tetapi melahirkan anak-anak yang berdaya -saing dan berjaya mendapat biasiswa pendidikan.

Untuk tahun ini, apa yang saya lihat Shell ingin menaja para pelajar yang meneruskan pendidikan tinggi dalam bidang berikut:

  • Engineering: Mechanical, Civil, Chemical, Petroleum, Electrical & Electronics,
  • Environmental, Sustainable Sciences: Geology, Geosciences, Geomatics, Geophysics, Data Science
  • Commercial: Business & Management, Digital Marketing

Melihat kepada bidang yang ditawarkan, tajaan ini saya merasakan ia meliputi keseluruhan kelas yang terdapat di SMKSUJ23. Kelas seperti Epsilon, Theta, Alpha, Beta, Delta, Gamma, Lambda. Oleh itu terutamanya pelajar SPM 2022, anda boleh memohon biasiswa ini atau mendapat maklumat lanjut dengan menekan pautan dibawah.

Juga, mungkin informasi ini boleh kita jadikan sebagai salah satu anjakan untuk kita mula merancang hal-ehwal pendidikan dan pencapaian anak-anak kita. Manakala bagi pihak sekolah pula, mungkin boleh melatih pelajar-pelajar yang dikenalpasti boleh berjaya untuk mencapai standard pelajar layak memohon biasiswa.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung biasiswa Shell ini di pautan berikut:
https://www.shell.com.my/careers/students-and-graduates/scholarships.html

Khusus untuk pelajar yang kurang cemerlang, saya punya sebuah cerita untuk kamu. Dahulu ada seorang anak yatim yang terpaksa bekerja sambil bersekolah. Ayahnya telah meninggal dunia semasa dia masih dibangku sekolah. Manakala ibunya pula tidak bekerja. Dia mempunyai adik-adik yang masih kecil. Tidak sedikitpun didalam hatinya ingin menyambung pelajaran. Kerana dia merasakan dia perlukan duit. Untuk mendapat wang dia perlu bekerja. Jadi sedari bersekolah lagi dia sudah bekerja dan cita-citanya adalah berlegar-legar untuk naik pangkat dalam pekerjaan yang dia lakukan ketika itu. Pada waktu itu dia bekerja di restoran makanan segera. Dia hanya bercita-cita selepas sekolah dia ingin menjadi Floor Manager di restoran tersebut. Dia tidak pernah mendapat sebarang ‘spotlight’ khas dari sekolah. Almaklumlah dia bukan pelajar cemerlang. Tapi itu kerana dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai pelajar yang serius.

Peperiksaan sekolah tidak pernah menguji dirinya kerana sikap dan pemikirannya itu. Sehinggalah suatu hari, sekolah mengadakan lawatan ke sebuah universiti tempatan di Kuala Lumpur. Dia mendapat vibe yang tak pernah dirasakannya sebelum ini. Bagai terhantuk kepala ke dinding, dia terpesona dengan suasana menara gading tersebut. dia mula berkata didalam hati, “macam mana nak masuk sini ea?” Bermula dengan soalan seringkas itu, dia mula mencari INFORMASI. Setiap informasi yang diterima telah mengubah pandangannya tentang pelajaran. Mengubah juga cita-citanya. Dia mula menguji dirinya dengan berusaha dalam peperiksaan.

Kali ini, dia membenarkan peperiksaan itu menguji dirinya sebagai pelajar yang bersedia. Sebaik sahaja duduk di kerusi dalam exam hall, hatinya menjerit “BRING IT ON!!” (eksyen betul hehehe) Selepas dari itu hidupnya berubah 360 darjah. Pemikirannya berubah. Sosio-ekonomi keluarganya turut berubah. Dia selepas tamat belajar telah dapat bekerja di TNB, Shell Malaysia dan sebuah syarikat dari Michigan, US. Dari seorang yang ‘zero interest’ untuk belajar apatah lagi sambung belajar, dia telah sehingga kini mengabdikan dirinya mencari ilmu dan masih meneruskannya aktiviti itu sehingga kehari ini.

Oleh itu, sekiranya anda yang membaca kisah ini adalah pelajar seperti cerita benar ini, ketahuilah potensi anda punya. Kejayaan anda, anda yang cipta. Anda hanya perlu sedar hal itu sahaja. Anda boleh capai apa yang anda inginkan – tiada yang mustahil! 

Lihat kembali pautan ini:
https://www.shell.com.my/careers/students-and-graduates/scholarships.html

Lihat dan fikirkanlah tentang diri anda. Berikan diri anda peluang.

Saya yang memegang amanah YDP PIBG 23/24,
Fin A Razak
08/06/23

0 Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2024 SEK. MEN. KEB. USJ 23 Technology-Enabled Solutions by BIRO ICT PIBG SMK USJ 23

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

Log in with your credentials

Forgot your details?