Bahang SPM mula terasa terutama bagi pelajar mahupun ibubapa pelajar lepasan SPM. Terutamanya untuk sekolah kita, dengan kehadiran Pengetua yang baharu, iaitu Tuan Dr.Miller Yong, beberapa usaha telah mula digiatkan dalam membantu pembelajaran anak-anak SMKUSJ23 bersama guru-guru mereka untuk mendapat keputusan yang memberangsangkan atau setidaknya keputusan SPM yang lebih baik. Saya mewakili semua ibubapa menyambut baik usaha pihak sekolah berhubung cadangan mantan guru PK kita Pn Normadiah tentang program-program akademik untuk semua pelajar menengah rendah (f1-f3) dan menengah atas (f4-f5). Program-program tersebut adalah seperti berikut:

PROGRAM AKADEMIK SMKUSJ23 2023/2024

  • Program Jejak Cemerlang SMK USJ23
  • Program Mantap Minda untuk calon-calon SPM
  • Program Pemerkasaan ICT Bilik Bahasa
  • Program STEM IN MIND SMK USJ23

Jika kita telusuri perkembangan semasa dalam dunia pendidikan dan sektor pekerjaan masa kini, apa yang diusahakan oleh pihak sekolah hari ini adalah tepat. Sekiranya semua pihak termasuk para pelajar memainkan peranan masing-masing dengan bersungguh-sungguh adalah bukan sesuatu yang mustahil untuk sekolah kita melahirkan pelajar cemerlang akademik keseluruhan. Namun ia bermula dengan sebuah asas iaitu Niat Untuk Berjaya. Soalnya bagaimana memupuk asas ini? Dikala generasi millenial masing-masing dihantui dengan pelbagai “online distractions” seperti sosial media tanpa sempadan waktu.

Jawapan saya mungkin bukan jawapan yang popular, tapi jawapan ini inshaAllah munasabah. Memupuk agar anak boleh memasang niat (dengan penuh ikhlas) untuk berjaya adalah bermula dengan memberikan sebanyak mungkin informasi kepada mereka.

Informasi adalah komponen penting dalam kehidupan seharian pelajar dan ibubapa pelajar. Keperluan untuk bermaklumat adalah meluas merentasi pelbagai domain, sektor, bidang, jurusan dan seumpamanya. Daripada peningkatan pertumbuhan peribadi kepada peningkatan prestasi sekolah, pembangunan ekonomi, akses kepada maklumat yang relevan dan tepat adalah penting untuk membuat keputusan termaklum dan mencapai matlamat asas pelajar iaitu Niat yang mereka pasang dengan ikhlas tadi.

Oleh itu, informasi yang bagaimana? Informasi berhubung kejayaan, informasi tentang peluang yang setiap pelajar punya. Semua pelajar sama ada mereka dari kelas yang teratas atau kelas bukan atas mempunyai peluang kejayaan. Tapi tidak semua pelajar mengetahuinya. Dan seandainya mereka tahu, mereka mungkin yakin mungkin tidak yakin mereka boleh berjaya. Inilah sesuatu yang kita boleh usahakan agar memandu pemikiran pelajar kita menyakini setiap mereka boleh berjaya.

Maka atas pemahaman inilah saya merasakan informasi adalah penting dalam membantu pelajar-pelajar kita untuk mula memikirkan masa depan mereka, memikirkan kerjaya, memikirkan tentang diri mereka sendiri dan memikirkan langkah mereka seterusnya. Sebaik sahaja mereka mampu berfikir tentang perkaran-perkara ini, percayalah tuan/puan mereka akan mula dahagakan lebih banyak informasi untuk mereka merancang dan memulakan perjalanan mereka menuju matlamat.

Sejujurnya, kami PIBG merasakan kepentingan penyampaian informasi kepada para pelajar dan ibubapa perlulah lebih mesra-pengguna, maka adalah menjadi kewajipan kami untuk menghidupkan laman web sekolah ini. Bermula dari saat ini, saya akan menyediakan ruang untuk guru kaunselor kita Cikgu Taufiq bersama team beliau, guru-guru, AJK PIBG & KSIB (dari kalangan ibubapa), dan semua pelajar SMK USJ23 untuk mengguna-pakai laman sesawang ini bagi meningkatkan kesedaran celik ilmu, melahirkan bakat, melahirkan individu celik IT, meningkatkan pemahaman dunia digital, meningkatkan pengalaman bersosial, mengurus, merancang, memimpin melalui laman sesawang sekolah ini.  InshaAllah saya akan huraikan dengan lebih lanjut berhubung usaha ini untuk dimanfaat oleh semua warga SMK USJ23.

Sehingga bertemu lagi dalam penulisan saya seterusnya dalam masa tidak lama dari sekarang. Kongsikan pendapat dan pandangan anda melalui ruang komen yang disediakan dibawah. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan dengan doa moga Allah membantu dan membimbing semua ibubapa, guru-guru dan terutamanya semua pelajar SMK USJ23 ke arah kejayaan di dunia juga diakhirat.

Sehingga bertemu lagi.
Saya yang memegang amanah YDP PIBG 23/24,
Fin A Razak
08/06/23

0 Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2024 SEK. MEN. KEB. USJ 23 Technology-Enabled Solutions by BIRO ICT PIBG SMK USJ 23

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

Log in with your credentials

Forgot your details?