Semalam, Jumaat 17/2/2023 telahpun berlangsung Majlis Hari Bersara 2 orang guru  yang telah banyak menabur jasa dan bakti kepada para pelajar SMK USJ23 dan pada sekolah keseluruhannya iaitulah Pn.Leong dan Pn. Nor Azila. Majlis perpisahan tersebut telah diraikan dengan penuh meriah oleh warga kakitangan sekolah, para pelajar, Inspektor sekolah, dan wakil-wakil PIBG.

Berikut merupakan sedikit perkongsian yang sempat saya rakamkan untuk tatapan ibubapa pelajar SMKUSJ23 sekalian. Majlis dimulai dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Al fadhil Ustaz Khawarizmi (maaf saya tidak sempat merakam). Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh wakil pelajar iaitu Ketua Pengawas, Cik Nur Syamimi Alisha dari kelas 4 Alpha. Berikut adalah rakaman video:

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Pengetua SMK USJ23 iaitu Dr Miller Yong dan kemudiannya dikuti dengan ucapan oleh Cikgu Leong dan Cikgu Nor Azila. Berikut adalah rakamannya:



Tidak kurang para pelajar yang terlibat dalam persembahan pada majlis ini. Saya sempat merakamkan menggunakan telefon bimbit dengan niat semoga dapatlah ibubapa pelajar-pelajar terbabit melihat persembahan anak-anak mereka. InshaAllah dimasa yang akan datang, saya akan cuba menggunakan peranti yang lebih baik bagi tujuan rakaman.

Dibawah merupakan video-video persembahan para pelajar yang pelbagai kategori antaranya tarian, nyanyian, kugiran dan yang paling menarik perhatian saya adalah persembahan bersama diantara para pelajar bersama guru-guru mereka. Semoga usaha guru-guru yang mengakrabkan diri dengan anak-anak kita dapat menjalin hubungan yang rapat dan bermanfaat bagi perkembangan para pelajar.






Majlis kemudiannya diakhiri dengan persembahan oleh para guru.


Galeri gambar sekitar Majlis Sanjungan Budi Jambangan Bakti

[Best_Wordpress_Gallery id=”2″ gal_title=”All images”]

Sekian perkongsian yang dapat kami wakil PIBG kongsikan kepada ibubapa sekalian.

Fin A Razak
AJK Biro ICT

©2024 SEK. MEN. KEB. USJ 23 Technology-Enabled Solutions by BIRO ICT PIBG SMK USJ 23

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

Log in with your credentials

Forgot your details?