DITUTUP – KUTIPAN TELAH BERJAYA. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYUMBANG

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Ibu Bapa dan Penjaga SMK USJ23 yang dihormati.

1. Sekolah tidak mempunyai kemudahan mesin air minuman bersih utk digunakan oleh warga SMK USJ 23 setiap masa.

2. Kami, AJK PIBG SMK USJ23 sedang mencari dana untuk membeli dan memasang 1 unit mesin penapis air minuman jenama Coway model Core berharga RM4,330 seunit.

3. Mesin ini akan diselenggara secara percuma untuk 2 tahun pertama. Daripada tahun ke 3 dan seterusnya, kos penyelenggaraan adalah RM745 setahun.

4. Kami dengan ini membuka peluang kepada ibubapa untuk menyumbang dan merebut peluang untuk bersedekah atau berinfaq untuk tujuan tersebut.

Sumbangan boleh disalurkan secara bayaran melalui FPX dengan menekan butang SUMBANG SECARA FPX dibawah atau menyumbang secara direct transfer ke akaun PIBG SMK USJ 23. Berikut adalah maklumat bank:

Bank: BANK ISLAM
No. Akaun: 1215 9010 375 547

Sekiranya tuan/puan memilih untuk menyumbang secara direct transfer, selepas melakukan sumbangan, tuan/puan diminta mengisikan borang yang disediakan dibawah. Slip transfer untuk rujukan hendaklah diupload diruang yang disediakan didalam borang online tersebut.

5. Kami sudahi dengan ucapan terima kasih. Semoga sumbangan Tuan/Puan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kesejahteraan warga SMK USJ 23.

 

BIRO KEBAJIKAN
PIBG 2022/2023

 

nota: sebarang pertanyaan berhubung pembayaran secara dalam talian,
FPX atau terkait penggunaan website boleh ditanyakan kepada 
AJK Biro ICT, PIBG - Pn.Syafinaz(Fin) (klik disini)

Related Projects

©2024 SEK. MEN. KEB. USJ 23 Technology-Enabled Solutions by BIRO ICT PIBG SMK USJ 23

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

Log in with your credentials

Forgot your details?